Tuesday, October 20, 2015

Guru SMK RINGLET 2015

Hari Sukan Sekolah yang diadakan di Padang Habu, bersama Tuan Pengetua baru, En Tafri Mohd Amin.

Sunday, January 10, 2010

SESI PERSEKOLAHAN 2010 BERMULA

Tuan Pengetua di samping guru Pendidikan Khas yang baru, Cikgu Siti Mariyam Hassan.


Cikgu Nik Nurhasniza sedang memperkenal diri kepada warga SMK Ringlet.

Kaunselor baru SMK Ringlet, Cik Puspa a/p Suppiah sedang memperkenalkan diri.

Tuan Pengetua, Encik Kho Lai Heng memperkenalkan cikgu Bahasa Inggeris yang baru iaitu Puan Ooi Jan Lyn yang sebelum ini bertugas di Kolej Matrikulasi Ipoh.



4 Jan, Isnin - Hari ini, seperti mana sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia (kecuali Terengganu, Kelantan dan Kedah) telah memulakan sessi persekolahan masing-masing. Tidak ketinggalan juga SMK Ringlet yang turut membuka tirai 2010 dengan kehadiran pelajar-pelajar dan juga guru-gurunya.

WUJUDKAN JAWATAN PEMBANTU GURU - NUTP

KUALA LUMPUR, 6 Jan - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang bagi setiap 500 murid bagi menjalankan beberapa tugas tertentu yang kini dipikul oleh guru.

Setiausahanya Lok Yim Pheng berkata pembantu guru itu akan berperanan melakukan segala kerja pengkeranian seperti mengisi borang dan mengiringi murid ke acara sukan atau ke hospital dan klinik, dan ini akan membebaskan guru daripada beban yang tidak perlu, sekali gus membenarkan mereka menumpukan perhatian kepada tugas mengajar.

"Pada masa sekarang guru dikekang dengan pelbagai kerja pengkeranian dan tugas remeh yang mengambil banyak masa mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lok berkata NUTP, yang mempunyai 160,000 anggota, menyambut baik keputusan kerajaan untuk memperkenalkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam kurikulum sekolah bagi memenuhi keperluan semasa.

"Inilah yang kita minta bertahun-tahun sebelum ini dan kita berasa gembira kerana kerajaan telah memberi respons yang positif kepada idea itu," katanya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran bahawa kerajaan berhasrat mengubah sistem pendidikan negara bagi menyediakan pendidikan berkualiti.

Lok berkata kerajaan juga boleh menimbang untuk menaik taraf sistem teknologi komunikasi maklumat sekolah dan menghubungkannya terus kepada pejabat pelajaran daerah, negeri dan kementerian.

"Apa yang berlaku sekarang ialah guru-guru diminta menghantar maklumat yang sama kepada pejabat pelajaran daerah, negeri dan kementerian secara berasingan," kata Lok.

-- BERNAMA

11 SUKAN TURUT "DISEMBELIH" MSSM

Sebagai reaksi balas pemotongan Bajet 2010; Hanya 13 taraf Asia diteruskan

RUPANYA bukan hanya bola sepak jadi mangsa 'pendekatan berhemah' Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang memilih untuk tidak menganjurkan kejohanan peringkat kebangsaan, tahun ini.

Penyelidikan dilakukan, semalam, mendedahkan betapa 11 sukan digugurkan langsung daripada kalendar MSSM untuk 2010, atas apa disifatkan sebagai reaksi balas ekoran pemotongan belanjawan, tahun ini.

Sebaliknya MSSM hanya akan mempertandingkan 13 jenis sukan, dengan penentuan dibuat berdasarkan sukan yang akan dipertandingkan di peringkat sekolah-sekolah Asia.

Antara sukan utama 'digugurkan' tahun ini ialah bowling, skuasy dan memanah.

Daripada 13 sukan yang dipertandingkan pula, hanya empat - gimnastik, gimrama, olahraga dan renang � akan kekal menyaksikan pertandingan bagi kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun.

Malah jika dilihat, nasib bola sepak - yang akan mempunyai saingan bawah 12 dan 18 tahun tanpa saingan bawah 15 tahun - tidaklah begitu buruk jika dibanding badminton yang hanya akan menyaksikan saingan untuk bawah 18 tahun.

Turut hanya akan menyaksikan saingan bawah 18 tahun pada 2010 ialah bola jaring, bola keranjang, bola tampar, sepak takraw, tenis dan golf.

Tindakan itu harus dilihat sebagai sesuatu yang membimbangkan, kerana MSSM mengambil 'jalan mudah' tanpa ada usaha dilakukan buat cuba menyelamatkan penganjuran pelbagai sukan itu.

Antara langkah boleh difikirkan MSSM termasuklah melakukan usaha gigih mencari penajaan daripada syarikat swasta, tanpa terus 'goyang kaki' dan mengharapkan sepenuhnya peruntukan daripada Kerajaan.

Apa yang turut menggelisahkan ialah hakikat betapa tindakan 'gugur bila ada masalah' itu mampu menjejaskan pembangunan arena sukan negara secara menyeluruh, ketika saingan peringkat sekolah diperakui sebagai medan penting untuk memupuk dan mencungkil bakat atlit di peringkat akar umbi lagi.

Sumber - Berita Harian Online