Thursday, December 10, 2009

Kalendar Persekolahan 2010

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2010 29.01.2010 20
Hari Persekolahan 01.02.2010 26.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 12.03.2010 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2010 21.03.2010 9
Hari Persekolahan 22.03.2010 31.03.2010 8
Hari Persekolahan 01.04.2010 30.04.2010 22
Hari Persekolahan 03.05.2010 31.05.2010 21
Hari Persekolahan 01.06.2010 04.06.2010 4
II
Cuti Pertengahan Tahun 05.06.2010 20.06.2010 16
Hari Persekolahan 21.06.2010 30.06.2010 8
Hari Persekolahan 01.07.2010 30.07.2010 22
Hari Persekolahan 02.08.2010 31.08.2010 22
Hari Persekolahan 01.09.2010 03.09.2010 3
Cuti Pertengahan Penggal 04.09.2010 12.09.2010 9
Hari Persekolahan 13.09.2010 30.09.2010 14
Hari Persekolahan 01.10.2010 29.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 19.11.2010 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2010 02.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78






Tuesday, November 17, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2009

Seluruh warga SMKR ingin mengucapkan
SELAMAT MENDUDUKI SPM
kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 di SMK Ringlet.
Kami doakan agar anda tenang menghadapi peperiksaan, dikurniakan ilham yang baik ketika menjawab soalan serta lancar pena tatkala menulis jawapan. Seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang. Peperiksaan bermula 18/11/2009-16/12/2009. Semoga Berjaya Dengan Cemerlang.

Friday, October 30, 2009

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia





Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia telah diadakan pada 30 Oktober 2009 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan SMKR. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua.

Sunday, October 25, 2009

Michelle Ang Johan Sayembara Deklamasi Sajak




Pada 26 Oktober 2009 (Isnin) telah berlangsung Sayembara Deklamasi Sajak sempena Karnival Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Daerah Cameron Highlands. Temanya ialah Bahasa Jiwa Bangsa diadakan di Dewan SMK Ringlet. Seramai 12 org peserta dari SMK Ringlet dan SMK Sultan Ahmad Shah telah menyertai Sayembara Deklamasi Sajak ini.

Tempat pertama dimenangi oleh Tokoh Pelajar SMK Ringlet iaitu Michelle Ang Ying Ying.

Friday, October 9, 2009

Selamat Menyambut Deepavali



Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. Deepavali nal valthukal!

Tuesday, October 6, 2009

Majlis Akad Izin Ilmu PMR 2009





Majlis Akad Izin Ilmu PMR 2009 telah diadakan pada 2 Oktober 2009 (Jumaat) di Dewan SMKR dan telah dirasmikan oleh Timbalan PPD Encik Azhar Omar.

Sunday, September 27, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2009


Selamat menduduki peperiksaan PMR pada 7-9 dan 12-13 Okt 2009 kepada semua pelajar tingkatan 3 SMK Ringlet.

Semoga anda semua dikurniakan ketenangan fikiran semasa menjawab soalan, kegembiraan di dalam hati selepas peperiksaan dan kejayaan yang gemilang semasa mendapat keputusan peperiksaan nanti.

Selamat berjaya.



Monday, September 14, 2009

Sunday, August 16, 2009

PROGRAM BULAN KECERGASAN DAN RIMUP 2009






AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kecergasan :
  • Senamrobik
  • Kuiz Kesihatan
  • Pertandingan futsal, bola jaring dan bola keranjang
  • Pertandingan Kebersihan Kelas
  • Ceramah Kesihatan Gigi dan H1N1
  • Pemeriksaan Kebersihan Diri
  • Pameran Kesihatan


Sunday, July 19, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 2009

Pn. Hafidzah menerima Anugerah yang disampaikan oleh Tuan PPD, Encik Ali Hussein.

Pn. Noor Manisah menerima Anugerah Khas daripada Tuan PPD.

Koir SMK Ringlet menyanyikan lagu "Guru Malaysia" dan "Guru Pembina Negara Bangsa"

Pada 3 Julai yang lalu telah berlangsung sambutan Hari Guru Peringkat daerah Cameron Highlands bertempat di Dewan SJKC Brinchang.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Rosdy bin Wan Ismail, ADUN Jelai. YB turut memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut.

Pegawai Pelajaran Daerah CH turut hadir dan memberi ucapan aluan pada YB dan hadirin pada hari tersebut. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan koir dari guru-guru SMK Ringlet dan murid dari SK Convent.

SMK Ringlet telah memenangi 5 anugerah pada majlis tersebut antaranya:
1. Anugerah Khas Pencapaian PMR Terbaik 2008
2. Anugerah Khas Bilik Guru Terbaik (Menengah)
3. Anugerah Khas Bilik Gerakan Terbaik (Menengah)
4. Anugerah Khas Makmal Sains Terbaik (Menengah)
5. Anugerah Khas Pengurusan Pejabat Terbaik (Menengah)

Chinese Integration Camp - Thailand-Malaysia






Pada 29.06.2009 SMK Ringlet telah menerima kunjungan dari Songkhla, Thailand bersempena dengan Chinese Integration Camp. Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut.

Wednesday, July 15, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009

Penerima Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang 2009 Michelle Ang Ying Ying

Penerima Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum 2009 Tan Chee Yang


Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 telah diadakan di Dewan SMK Ringlet pada 25 Jun 2009. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar sekolah yang telah berjaya dalam akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2008 dan 2009.

Monday, June 15, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

Bacaan ikrar dari guru-guru diketuai oleh Cikgu Yusuff.

Ikrar guru-guru.


Guru-guru SMK Ringlet bersemangat sekali menyampaikan lagu "Kami Guru Malaysia"

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 18 Mei 2009 yang lalu. Tema Hari Guru tahun ini adalah Guru Pembina Negara Bangsa.

SMK Ringlet Naib Johan Pertandingan Memasak Peringkat Negeri Pahang






3 Pelajar telah mengarumkan nama SMK Ringlet setelah mendapat tempat KEDUA dalam Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Negeri Pahang 2009 anjuran Maggi dan KPM.Pelajar terbabit ialah Mohd Shaifa Jamil, Fazilatun Abd Malek dan Norhaya Nordin.Mereka diiringi dan dibimbing oleh Cikgu Hasmiyati dan Cikgu Rabiatul Adawiyah.


Wednesday, May 27, 2009

Visi dan Misi Sekolah

Lagu Sekolah

Tersergam indah oh sekolahku
Memukau hati dan sanubariku
SMK Ringlet di Cameron Highlands
Sekolahku yang tercinta

Mendukung cita-cita
Bina negara jaya
Generasi berilmu harapan bangsa
Guru tetap dihormati
Ilmu pasti dihargai
Semoga kami sentiasa diberkati

Ilmu menjana kecemerlangan
Itulah Cogan kata
Bakal menyahut cabaran
Di masa hadapan

Berjanji, berikrar bersama
Berkorban, berbakti, jujur, setia
Gandakan usaha kita
Marilah bersama mengarumkannya
Nama sekolahku tercinta.