Sunday, July 19, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 2009

Pn. Hafidzah menerima Anugerah yang disampaikan oleh Tuan PPD, Encik Ali Hussein.

Pn. Noor Manisah menerima Anugerah Khas daripada Tuan PPD.

Koir SMK Ringlet menyanyikan lagu "Guru Malaysia" dan "Guru Pembina Negara Bangsa"

Pada 3 Julai yang lalu telah berlangsung sambutan Hari Guru Peringkat daerah Cameron Highlands bertempat di Dewan SJKC Brinchang.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Rosdy bin Wan Ismail, ADUN Jelai. YB turut memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut.

Pegawai Pelajaran Daerah CH turut hadir dan memberi ucapan aluan pada YB dan hadirin pada hari tersebut. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan koir dari guru-guru SMK Ringlet dan murid dari SK Convent.

SMK Ringlet telah memenangi 5 anugerah pada majlis tersebut antaranya:
1. Anugerah Khas Pencapaian PMR Terbaik 2008
2. Anugerah Khas Bilik Guru Terbaik (Menengah)
3. Anugerah Khas Bilik Gerakan Terbaik (Menengah)
4. Anugerah Khas Makmal Sains Terbaik (Menengah)
5. Anugerah Khas Pengurusan Pejabat Terbaik (Menengah)

Chinese Integration Camp - Thailand-Malaysia






Pada 29.06.2009 SMK Ringlet telah menerima kunjungan dari Songkhla, Thailand bersempena dengan Chinese Integration Camp. Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut.

Wednesday, July 15, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009

Penerima Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang 2009 Michelle Ang Ying Ying

Penerima Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum 2009 Tan Chee Yang


Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 telah diadakan di Dewan SMK Ringlet pada 25 Jun 2009. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar sekolah yang telah berjaya dalam akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2008 dan 2009.